Tutorial · Google One

Cara Claim Trial Google AI Plus & Cancel Subscription

Panduan langkah demi langkah untuk claim offer 12 bulan Google AI Plus (400 GB), kemudian cancel subscription supaya tak kena caj bila trial habis.

Tempoh percuma
12 bulan
Harga lepas trial
RM 23.99 / bulan
Storage
400 GB
Bahagian A

Claim trial offer

Pastikan anda log masuk dengan akaun Google yang betul sebelum buka link offer.

  1. Buka link offer dan tekan Start trial

    Buka link offer Google One (contoh: one.google.com/offer/…). Semak halaman tunjuk 12 MONTHS AT NO COST dan harga MYR 0/mo, kemudian tekan Start trial.

  2. Tambah payment method

    Google Play akan minta payment method. Pilih salah satu: TNG eWallet, Boost, ShopeePay, atau Add card (kad debit/kredit). Anda tidak akan dicaj kalau cancel sebelum tarikh trial tamat.

    Anda juga boleh masukkan maklumat kad bank untuk aktifkan trial. Jangan risau, anda boleh cancel subscription selepas berjaya claim trial.
  3. Semak caj dan tekan Subscribe

    Pastikan tertulis Starting today: 12-month free trial. Caj RM 23.99/bulan hanya bermula selepas 12 bulan. Tekan Subscribe.

  4. Popup backup payment (pilihan)

    Google mungkin tanya Turn on backup payment methods?. Ini tak wajib. Anda tutup popup (X).

  5. Trial berjaya diaktifkan

    Halaman Welcome keluar dengan mesej Your new membership is ready. Tekan Done. Google AI Plus kini aktif.

    Siap claim. Teruskan ke Bahagian B kalau anda tak mahu langganan auto-renew selepas 12 bulan.
Bahagian B

Cancel subscription

Anda boleh cancel terus selepas claim. Akses Google AI Plus kekal sampai habis tempoh.

  1. Buka Wallet & subscriptions

    Pergi ke myaccount.google.com/payments-and-subscriptions (Google Account → Wallet & subscriptions). Di bawah Subscriptions, tekan Manage subscriptions.

  2. Pilih Google One

    Di bawah Managed by Google, tekan Google One (Google AI Plus 400 GB). Anda akan dibawa ke halaman langganan Google Play.

  3. Tekan Cancel subscription

    Di Google Play (play.google.com/store/account/subscriptions), tekan Manage pada Google One jika popup belum keluar, kemudian tekan Cancel subscription.

  4. Pilih sebab dan tekan Continue

    Pilih mana-mana sebab (contoh: Decline to answer), kemudian tekan Continue.

  5. Sahkan pembatalan

    Google beritahu langganan akan tamat pada hujung tempoh billing dan anda tak akan dicaj lagi. Tekan Cancel subscription. Jangan tekan Keep subscription.

  6. Berjaya cancel

    Mesej You have successfully canceled your subscription keluar. Tekan OK.

  7. Semak status

    Status Google One kini tertulis Canceled dengan tarikh tamat langganan. Google AI Plus masih boleh digunakan sampai tarikh itu.

    Selesai. Tiada caj akan dibuat. Kalau berubah fikiran, tekan Resubscribe sebelum tarikh tamat.