Panduan langkah demi langkah untuk claim offer 12 bulan Google AI Plus (400 GB), kemudian cancel subscription supaya tak kena caj bila trial habis.
Pastikan anda log masuk dengan akaun Google yang betul sebelum buka link offer.
Buka link offer Google One (contoh: one.google.com/offer/…). Semak halaman tunjuk 12 MONTHS AT NO COST dan harga MYR 0/mo, kemudian tekan Start trial.
Google Play akan minta payment method. Pilih salah satu: TNG eWallet, Boost, ShopeePay, atau Add card (kad debit/kredit). Anda tidak akan dicaj kalau cancel sebelum tarikh trial tamat.
Pastikan tertulis Starting today: 12-month free trial. Caj RM 23.99/bulan hanya bermula selepas 12 bulan. Tekan Subscribe.
Google mungkin tanya Turn on backup payment methods?. Ini tak wajib. Kalau tak mahu kaedah bayaran lain dicaj sebagai backup, tekan Manage atau tutup popup (X).
Halaman Welcome keluar dengan mesej Your new membership is ready. Tekan Done. Google AI Plus kini aktif.
Anda boleh cancel terus selepas claim. Akses Google AI Plus kekal sampai hujung tempoh trial; cuma ia tak akan renew dan tak akan caj.
Pergi ke myaccount.google.com/payments-and-subscriptions (Google Account → Wallet & subscriptions). Di bawah Subscriptions, tekan Manage subscriptions.
Di bawah Managed by Google, tekan Google One (Google AI Plus 400 GB). Anda akan dibawa ke halaman langganan Google Play.
Di Google Play (play.google.com/store/account/subscriptions), tekan Manage pada Google One jika popup belum keluar, kemudian tekan Cancel subscription.
Pilih mana-mana sebab (contoh: Decline to answer), kemudian tekan Continue.
Google beritahu langganan akan tamat pada hujung tempoh billing dan anda tak akan dicaj lagi. Tekan Cancel subscription. Jangan tekan Keep subscription.
Mesej You have successfully canceled your subscription keluar. Tekan OK.
Status Google One kini tertulis Canceled dengan tarikh tamat langganan. Google AI Plus masih boleh digunakan sampai tarikh itu.